By the fourth quarter of 2018, Iskul is fortunate to have recruited a team of two field coordinators working hand-in-hand to manage the operation on the ground in Omadal Island, providing guidance to Mastal Arikik (MA) and giving support to our Headmistress.

After some time of planning and preparation, Iskul coordinated the Hari Sukaneka & Majlis Anugerah Cemerlang on 30 December 2018, aptly marking the end of another year of learning and acknowledging everyone’s effort for the year. Our students (including our MAs) enjoyed sukaneka activities, thus, our Field Coordinators, Aida and Sikin planned a full-day event starting with sukaneka in the afternoon followed by awards ceremony at night.

This blog entry would be slightly different as we will be extracting from the reports our Field Coordinators have put together. We wish to acknowledge the hard work they put into sharing the details of the day with us.

Hang in there because this will be one of our longest posts yet! Nevertheless, we hope you will enjoy the post as much as we do!

Hari Sukaneka Iskul 2018

Hari Sukaneka Iskul Sama Dilaut Omadal telah berjaya dianjurkan pada 30 Disember 2018. Penganjurannya disambut baik oleh kesemua pihak yang terlibat. Tambahan lagi, objektif penganjuran Hari Sukaneka dapat dicapai dengan jayanya. Dua objektif utama penganjuran Hari Sukaneka Iskul adalah untuk (1) memberi latihan pelaksanaan program yang lebih strategik dalam kalangan pasukan pelaksana dan pelajar Iskul, dan (2) melahirkan hubungan baik dalam kalangan komuniti tempatan dan komuniti tidak bekewarganegaraan. Persiapan awal telah dilakukan sejak 29 Disember lagi oleh Penyelaras, MA dan dibantu oleh beberapa orang pelajar dan juga ahli komuniti kampung Pulau Omadal Selatan.

Sepanjang pelaksanaan Hari Sukaneka Iskul, beberapa acara telah dilakukan dan peserta setiap acara adalah dari kalangan ibu bapa dan pelajar. Selain itu, pelajar Iskul bergotong royong membersihkan kawasan yang gelanggang selepas pelaksanaan program. Pelaksanaan Hari Sukaneka yang teratur ini memberi manfaat kepada semua pihak dan sekaligus hubungan baik antara dua pihak terjalin erat. Dan yang paling utama, hasil daripada penganjuran sukaneka dapat memberi suntikan semangat ingin belajar dan berdaya saing dalam kalangan pelajar Iskul.

Jam 2.00ptg: Ibu bapa dan penjaga pelajar dijemput untuk turun aktiviti Hari Sukaneka Iskul. Aktiviti dijadualkan berlangsung pada jam 3.00ptg kerana air laut mula surut pada masa tersebut. Sekiranya dibuat awal atau dibuat pada masa air laut sedang pasang, ramai ibu bapa dan pelajar tidak dapat turun kerana ketiadaan bot. Pada masa yang sama, Penyelaras, MA dan sukarelawan dari Pulau Omadal bertungkus-lumus menyiapkan peralatan sukaneka di setiap stesen.

Jam 3.00ptg: Hari Sukaneka Iskul dimulakan dengan penerangan ringkas berkenaan sukaneka, kemudian diteruskan dengan pembahagian kumpulan. Setiap peserta diikatkan riben pada pergelangan tangan mereka untuk memudahkan pembahagian kumpulan. Pembahagian kumpulan dilaksanakan oleh Pn.Roziah dan Aida. Semua peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu merah, biru, hijau, dan kuning.

Aktiviti 1: Isi Air Dalam Botol

Dua orang peserta dari setiap kumpulan ditugaskan untuk mengisi air dalam botol menggunakan tin yang dilubangkan. Peserta dikehendaki berlari sepantas yang mereka boleh dalam masa 3 minit.

Suasana meriah sorakan kepada kawan sepasukan untuk aktiviti mengisi air dalam botol.

Aktiviti 2: Makan Biskut

Biskut diikatkan pada tiang gol gelanggang, kemudian peserta perlu mencapai biskut tanpa menggunakan tangan. Peserta yang dibenarkan bermain adalah 3 orang setiap kumpulan dan permainan ini diperuntukkan masa 5 minit.

Nampaknya kepanjangan tali yang digunakan untuk mengikat biskut merupakan cabaran untuk beberapa peserta untuk stesen ini!

Aktiviti 3: Lari dalam Guni

Dalam permainan ini, setiap kumpulan perlu menghantar dua orang wakil untuk bermain. Masa permainan adalah 6 minit. Peserta perlu berlari di dalam guni ke garisan penamat dalam tempoh masa yang singkat. Guni telah dipinjam oleh komuniti kampung Pulau Omadal.

Nampak susah juga untuk berlari dalam guni yang kecil begitu!

Aktiviti 4: Bowling Kelapa

Permainan ini dimainkan oleh 3 orang peserta setiap kumpulan. Masa permainan adalah 4 minit. Peserta dibekalkan dengan kelapa dan dikehendaki membaling kelapa ke arah botol yang berisi air yang disusun dalam bentuk segitiga. Kumpulan menang dengan mengambil kira masa digunakan untuk menjatuhkan kesemua botol-botol tersebut.

Aktiviti 5: Lari Sambut Baton

Permainan ini dimainkan oleh 3 orang peserta dari setiap kumpulan. Peserta pertama perlu adalah dari kalangan ibu bapa atau penjaga manakala peserta kedua dan ketiga adalah dari kalangan pelajar. Setiap peserta perlu berlari untuk suatu jarak yang ditentukan dan kembali menyerahkan baton kepada rakan mereka seterusnya dalam masa 4 minit.

Aktiviti 6: Futsal

Permainan terakhir Hari Sukaneka Iskul adalah pertandingan futsal. Pasukan dari Kampung Hujung Omadal akan bertanding dengan Pasukan dari Kampung Bajau Laut Omadal. Had masa permainan adalah 5 minit setiap perlawanan. Permainan futsal disertai oleh 6 pasukan yang terdiri daripada 3 pasukan untuk kategori wanita dan 3 pasukan untuk kategori lelaki.

Gotong-royong juga telah dilakukan sebelum semua peserta beredar pulang ke Pondok Iskul untuk berehat.

Jam 5.00ptg: Sesi terakhir Hari Sukaneka Iskul adalah jamuan ringan. Menu jamuan adalah jus oren dan mee goreng yang disediakan oleh Puan Roziah (Guru Besar Iskul) dan penyediaannya dibantu oleh wakil PIBG iaitu Ibu kepada Manoel, dan Ibu kepada Mohd Akdam. Sebelum jamuan berakhir, kesemua peserta dan pelajar Iskul mengambil gambar kumpulan sebagai kenangan.

Acara perasmian dan penyampaian hadiah ditangguhkan kepada sesi malam semasa Majlis Anugerah Cemerlang.

Peperiksaan Akhir Tahun Sesi 2018

Peperiksaan Akhir Tahun Sesi 2018 telah berlangsung pada 16 Disember 2018. Peperiksaan ini diadakan bertujuan untuk menguji akan tahap penguasaan 3M (Membaca, Menulis, Mengira) pelajar. Peperiksaan kali ini dihadiri oleh 18 orang pelajar Iskul. Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik adalah dua mata pelajaran yang perlu diuji. Kertas soalan disediakan sepenuhnya oleh Penyelaras Aida dan juga MA Noraida dan kertas soalan disediakan berdasarkan pelajaran yang sudah dipelajari oleh pelajar sebelum ini.

Hasil daripada ujian tersebut hampir kesemua pelajar yang hadir dapat menjawab kehendak soalan. Namun begitu pelajar masih memerlukan latih tubi yang lebih lagi untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam menguasai 3 kemahiran iaitu membaca, menulis dan mengira.

Pelajar-pelajar Iskul sedang menumpukan perhatian menjawab kertas soalan yang telah diberikan.

Majlis Anugerah Cemerlang 2018

Jam 8.00mlm: Ucapan daripada Pengerusi JKK Kampung Pulau Omadal Hujung, Tn. Haji Jimlan Bin Sabtuhari.

Ucapan alu-aluan dan perasmian Hari Sukaneka Iskul dan Majlis Anugerah Cemerlang disampaikan oleh Tn. Haji Jimlan Bin Haji Sabtuhari. Dalam ucapan beliau, beliau berterima kasih kepada urusetia Iskul kerana penganjuran program yang teratur. Hasilnya dapat dilihat selepas program iaitu ada gotong royong dilakukan. Sampah sekitar gelanggang terutamanya ditanam dalam pasir. Selain itu, dengan wujudnya Iskul, pelajar-pelajar Iskul tidak terpengaruh dengan tabiat hisap gam. Semua ini hasil didikan nilai-nilai murni di Iskul dan juga di rumah masing-masing. Harapan beliau agar pelajar dan juga seluruh warga yang tidak berwarganegaraan memanfaatkan sepenuhnya Iskul untuk menuntut ilmu agar dapat menjadi pelajar yang baik dan modal insan yang berguna di masa akan datang.

Jam 8.10mlm: Tayangan video montaj Iskul

Dua tayangan video telah disediakan oleh Penyelaras Aida. Video pertama menunjukkan sejarah penubuhan dan keadaan dalam Iskul, manakala video kedua menayangkan video sukaneka yang telah berlangsung pada petang tersebut. Pelajar dan ibu bapa teruja melihat gambar dan video klip mereka dalam tayangan tersebut dan mereka meminta agar aktiviti seperti ini kerap dianjurkan pada masa akan datang.

Jam 8.30mlm: Penyampaian Hadiah untuk Sukaneka dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh JKK Kampung Pulau Omadal Hujung, Tn. Haji Jimlan Bin Haji Sabtuhari.

Terdapat 3 orang pelajar setiap kelas yang diberi Anugerah Pelajar Cemerlang. Selain itu, Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan juga disediakan. Kesemua pelajar dinilai berdasarkan markah yang berjaya mereka perolehi semasa peperiksaan akhir tahun, kehadiran dan sahsiah yang baik dalam kelas.

Pelajar cemerlang bagi Kelas Tahap 1
Pelajar cemerlang bagi Kelas Tahap 2.
Pelajar cemerlang bagi Kelas Tahap 3.
Pelajar cemerlang bagi Kelas Tahap 4 dan Pelajar Cemerlang Keseluruhan.

Majlis bersurai pada jam 9.00mlm.