Penyelaras Projek

Butiran Kerja

Kami sedang mencari Penyelaras Projek yang bertanggungjawab dan berdedikasi untuk mengatur dan menjalankan semua aktiviti-aktiviti projek dengan nasihat Jawatankuasa Pengurusan Iskul bagi memastikan pelaksanaan projek yang sempurna . Penyelaras Projek yang terpilih akan mengharungi tempoh percubaan selama enam (6) bulan. Anda akan menghadiri sesi pengenalan pada permulaan pekerjaan dan akan berada di bawah bimbingan seorang Mentor yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Iskul.

Penyelia

Jawatankuasa Pengurusan Iskul

Tempoh Kerja

  • Sabtu: 10 jam (memantau dan menyokong operasi kelas di Omadal)
  • Ahad: 8 jam (memantau dan menyokong operasi kelas di Omadal)
  • Isnin: 5 jam (mesyuarat dan menghantar laporan kepada Mentor)
  • Selasa: 5 jam (penyelarasan)

* + 2 jam untuk perkara lain

Peranan & Tanggungjawab

Penyelaras Projek:

  • Memudahkan komunikasi yang cekap dan berkesan di antara ahli Jawatankuasa Pengurusan Iskul dengan Guru Besar, Mastal Arikik (MA) dan pelajar Iskul
  • Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan Guru Besar, MA dan pelajar dan sentiasa memastikan penglibatan semua pihak semasa perbincangan terutamanya apabila membangkitkan isu-isu dan permintaan yang berkaitan dengan Iskul
  • Mengambil perhatian dan melaporkan keperluan sebenar di dalam Iskul secara objektif
  • Menyelaras aktiviti, sumber, pembelian peralatan dan pengumpulan maklumat
  • Memantau dan memeriksa perbelanjaan operasi bulanan bersama Guru Besar
  • Menyediakan laporan terkini kepada Jawatankuasa Pengurusan Iskul seperti yang diperlukan
  • Menguruskan dan mengemaskini dokumentasi projek, rancangan dan laporan yang lengkap
  • Menghadiri mesyuarat bulanan dengan Jawatankuasa Pengurusan Iskul

Pengurus untuk ‘Projek Pondok Iskul’

  • Berhubung dengan Jawatankuasa Pengurusan Iskul, Guru Besar, MA, pelajar, dan pembekal untuk mengenal pasti bahan dan senarai yang diperlukan untuk membina pondok
  • Mengamalkan sikap pengurusan projek yang baik untuk memantau waktu kerja, belanjawan, rancangan dan wang yang dibelanjakan
  • Menyelaras sumber yang diperlukan dari MA atau pelajar untuk tujuan kutipan dana, seperti yang diminta oleh Jawatankuasa Pengurusan Iskul
  • Menjadi fokus utama untuk berhubung dan melaporkan status pembinaan pondok
  • Memantau kemajuan dan perkembangan projek
  • Melaporkan isu yang memerlukan perhatian sepanjang proses pembinaan kepada Jawatankuasa Pengurusan Iskul

Penasihat kepada MA dan Pelajar:

  • Bersedia untuk memberi nasihat yang sesuai kepada MA dari segi kemahiran mengajar dan pelan pengajaran
  • Memantau kelas mingguan
  • Mengendalikan projek Mentor-Mentee dan lain-lain, di bawah nasihat Jawatankuasa Pengurusan Iskul dan Guru Besar

Syarat-syarat

  • Sekurang-kurangnya pemegang Sijil SPM dan lulus kredit Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris
  • Fasih dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Malaysia
  • Fasih dalam pertuturan Bahasa Bajau
  • Mempunyai pengalaman dalam menyelaraskan dan menganjurkan acara/aktiviti/projek
  • Berpengalaman dalam mengajar kanak-kanak adalah kelebihan
  • Cemerlang dalam pengurusan masa
  • Boleh berkomunikasi secara berkesan
  • Tahu menggunakan Microsoft Office
  • Berperwatakan menarik dan mudah didekati
  • Mempunyai komputer riba dan telefon pintar yang berfungsi
  • Berminat dan bersedia untuk belajar

Pemohon yang berminat, sila emel surat dan resume (CV) anda sebelum 4 APR 2017. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda juga dialu-alukan untuk menghantar emel kepada kami.